DeaR... MisS TeDdY

Showing posts with label moh masak. Show all posts
Showing posts with label moh masak. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

wadai kiping/kepeng

wadai kiping/kepeng... mgkin sebutan je yg berbeza... tp ghasa dia tetap sama... ia menu masakkan orang/urang Banjar.. wadai kiping/kepeng nie jarang di buat... & kebiasaan nyer dibuat ms de keraian ataupun kenduri-kendara... atau mgkn jgk bila ada mkn besaq dgn family... npe wadai nie jd pilihan F dlm blog nih sbb ms rayer cine yg lepas... umah F de wt kenduri arwah (bahawul) untuk tokwan blh mak & ayah, serta arwah pk ngah... slh satu menu die adalah wadai kiping/kepeng nih... die x susah nk buat tp klu dh nk wt kenduri (aruh) kne gne tanaga kerja yg ramai... terutama untuk bentukkn die jd mcm kt bwh yg bulat2 tuh... emm cumanya, wadai nih ramai dh dilupakan oleh ank2 muda skrg... especially kekanakan urang banjar... kadak taho mengulah wadai kiping... makanan wadai kiping tahu leh mengulah kada bisa... hehehe... sbb nie jgk la F amek inisiatif belaja wt wadai kepeng nih... almaklum org2 tuha pakat kematian... kekanakan kadak bisa... cume uma tahu ckit2... jd belajar la dr org2 tuha bebinian...
Wadai kiping ni diperbuat dari pada tepong beras pulut yang diuli bersama dengan sedikit air yang dicamporkan dengan sedikit air kapor dan juga sedikit garam.
Ianya kemudian digentel bulat bulat kecil dan dileperkan ditengah tengah nya seperti diatas tu. Selesai kita gentel kesemuanya, kita masukkan kedalam santan yang telah kita didihkan bersama gula merah dan juga beberapa helai daun pandan. Biarkan dia mendidih lagi dan masak sehingga ianya timbul barulah diangkat.Kalau nak manis lagi tambahkan sedikit gula pasir mengikut citarasa kita.

klu nk sedap campurkan dengan ulas buah durian.. de stghorg suke mkn time panas2... de jgk suke mkn pas sejukkan dlm peti ais... try la dua2 cara untuk rasai keenakannya.... pakat2 ulahan wadai kiping/kepeng... makanan dgn desanak & kulaan...

Saturday, December 18, 2010

Famous Amos Chocolate Chip

Famous Amos Chocolate Chips Cookies


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula-
  • 1 cawan padat gula perang * - tapi lbhkan sedikit gula perang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar- gune emplex
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang - gune badam cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain

byk lagi resepi menarik....

Monday, November 8, 2010

laici kang....

sedapnya dapat minum time tgh hr yg terik.... hilang ghasa dahaga...



Bahan - bahan

longan kering
biji selasih
cincau
buah kembang semangkuk
kismis (bewarna kuning)
kacang minyak
halwa kundur
teh cina
gula batu



Cara - cara

1. Basuh dan rebuskan longan kering sampai kembang.

2. Apabila kembang, masukkan gula batu secukup manis dan masukkan kismis.

3. Angkat dan sejukkan. Rendamkan buah kembang semangkuk (dalam bekas lain)

4. Rendamkan biji selasih dalam air sejuk (dalam bekas lain).

5. Rendamkan teh cina (dalam air panas).

6. Apabila semuanya kembang, masukkan ke dalam air longan tadi dan untuk teh cina tapiskan dahulu.

7. Masukkan cincau dan simpan di dalam peti ais.

8. Apabila ingin minum, masukkan kacang dan halua.

Ais Krim Goreng



Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
Serbuk Roti agak2 je
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa)
4 biji telor (Dipukul) Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng


Cara:
1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5.Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)



*Makan ketika ais krim goreng masih panas

TiraMisU.... nyum...nyum...

photo by jesse k.


TIRAMISU dalam bahasa Itali bermaksud 'gembirakanlah hatiku'.Jadi, pastilah bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan kesedapannya yang tidak terkata.nyumm nyum nyumm..(^___^)


Bahan-bahan

200gm whipping cream

250gm cream cheese

30ml susu segar

80gm gula icing

18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)

170ml air kopi ( dicampur gula)

Serbuk koko secukupnya

30gm parutan coklat

Strawberries utk hiasan


Cara membuatnya

1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan

2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan

3. Masukkan susu dan gula. Putar lagi hingga ringan

4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata

5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca

6. Ratakan separuh campuran krim

7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim

8. Hiaskan dengan strawberries..


Sumber : Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Tiramisu