Monday, November 8, 2010

laici kang....

sedapnya dapat minum time tgh hr yg terik.... hilang ghasa dahaga...



Bahan - bahan

longan kering
biji selasih
cincau
buah kembang semangkuk
kismis (bewarna kuning)
kacang minyak
halwa kundur
teh cina
gula batu



Cara - cara

1. Basuh dan rebuskan longan kering sampai kembang.

2. Apabila kembang, masukkan gula batu secukup manis dan masukkan kismis.

3. Angkat dan sejukkan. Rendamkan buah kembang semangkuk (dalam bekas lain)

4. Rendamkan biji selasih dalam air sejuk (dalam bekas lain).

5. Rendamkan teh cina (dalam air panas).

6. Apabila semuanya kembang, masukkan ke dalam air longan tadi dan untuk teh cina tapiskan dahulu.

7. Masukkan cincau dan simpan di dalam peti ais.

8. Apabila ingin minum, masukkan kacang dan halua.

Ais Krim Goreng



Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
Serbuk Roti agak2 je
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa)
4 biji telor (Dipukul) Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng


Cara:
1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5.Bila minyak panas, golenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)



*Makan ketika ais krim goreng masih panas

TiraMisU.... nyum...nyum...

photo by jesse k.


TIRAMISU dalam bahasa Itali bermaksud 'gembirakanlah hatiku'.Jadi, pastilah bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan kesedapannya yang tidak terkata.nyumm nyum nyumm..(^___^)


Bahan-bahan

200gm whipping cream

250gm cream cheese

30ml susu segar

80gm gula icing

18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)

170ml air kopi ( dicampur gula)

Serbuk koko secukupnya

30gm parutan coklat

Strawberries utk hiasan


Cara membuatnya

1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan

2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan

3. Masukkan susu dan gula. Putar lagi hingga ringan

4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata

5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca

6. Ratakan separuh campuran krim

7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim

8. Hiaskan dengan strawberries..


Sumber : Kosmo Online: Kuali Bersama Norzailina Nordin - Tiramisu

Malique feat. Najwa - Senyum

Sunday, November 7, 2010