Monday, November 8, 2010

laici kang....

sedapnya dapat minum time tgh hr yg terik.... hilang ghasa dahaga...



Bahan - bahan

longan kering
biji selasih
cincau
buah kembang semangkuk
kismis (bewarna kuning)
kacang minyak
halwa kundur
teh cina
gula batu



Cara - cara

1. Basuh dan rebuskan longan kering sampai kembang.

2. Apabila kembang, masukkan gula batu secukup manis dan masukkan kismis.

3. Angkat dan sejukkan. Rendamkan buah kembang semangkuk (dalam bekas lain)

4. Rendamkan biji selasih dalam air sejuk (dalam bekas lain).

5. Rendamkan teh cina (dalam air panas).

6. Apabila semuanya kembang, masukkan ke dalam air longan tadi dan untuk teh cina tapiskan dahulu.

7. Masukkan cincau dan simpan di dalam peti ais.

8. Apabila ingin minum, masukkan kacang dan halua.

No comments:

Post a Comment