DeaR... MisS TeDdY

Thursday, August 18, 2011

rinduuuu... rinduuu... serindu-rindunya....

salam...

hanya mampu ku luahkan dalam entry ini ialah rasa rindu yang teramat sangat pada arwah nenda Esah bt Kadri atau gelaran atok yg x penah lekang dr aku kecik smp la saat aku kehilangannya... bebrpa hr lg genap la 6 bulan atok pergi tinggalkan kami semua... (T_T) ;(... banyak hal berlaku spnjng 6 bulan ni... taun ni, Ramadhan & Aidilfitri pertama tanpa atok disisi... xtaw mcm mne raya kali ini... puasa tanpa atok dh dirasai... sbb kami kempunan makan kuih kalakatar yang atok wat... kuih yg panas dr dapuq kayu... cm tue juga suasana menjelang raya turut dirasai bila aku belajar jahit baju sendiri biarpun terpaksa mntk tolong pd ateh untuk potongkan kain ikut baju contoh... berusaha dgn mak untuk siapkan baju kurung taun nih... sayu la bila terkenangkan baju2 yg penah atok jahit... & sgt suke pd baju last yg sempat atok jahitkan... sejak atok xde kene lebey berdikari... & hikmahnya byk bnde yg sy blaja... ;)...

mood:berusaha untuk lebih menenangkan diri & belajar sesuatu yang baru...

sbnrnye jaoh dr sudut hati, bile rugi rasenye x blaja wt makanan tradisional dr atok... sbb kueh atok wt memang sangat sedap... kuih bahulu pelbagai bentuk, kuih kipas, kuih loyang manis & pedas, dodol, my favorite TAPAI pulut, ikan wadi, kalakatar (mknn urg2 banjar), dan lain-lain.

xpelah stop dulu yer... sbb dh terlalu kering air mata yg sy tahan ni... masa mula menaip td... ayaq mata jatuh mcm hujan, ribut petir serta guruh berdentum... ok la wasalam...


"MogA haRi InI LebIh BaIk DarI SeMalaM"

Monday, August 15, 2011

HaTi iNi miLiK-MU









rasanye tak tahu ape yang nk ditulis... tapi jaoh dlm sudut hati ini memikirkan sesuatu untuk masa depan...
aku mohon diberi kekuatan dalam menghadapi setiap apa jua yang berlaku...



























Ya Allah Ya tuhan ku,

Seandainya dia adalah jodohku Ya allah,
KAU bukakanlah hatinya Ya allah untuk menerimaku,
KAU dekatkan lah hatinya dengan hatiku Ya allah,
KAU permudahkanlah jodohku dengannya ya allah serta
KAU satukanlah kami Ya allah dalam satu ikatan suci Ya allah iaitu ikatan perkahwinan..

Ya Allah, ya Rahman,ya RahimSeandainya dia bukan jodohku Ya allah kau kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah
KAU tetapkan untuk diriku diatas muka bumu ini ya Allah..

Dan aku mohon pada-MU Ya allah,
KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar2 ikhlas menerimaku dengan seadanya aku Ya allah,
taat akan perintah-MU Ya allah, serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai..







mungkin xdapat banyak untuk diluahkan dalam bait2 kata...
namun apa yang tersirat dalam hati milik MURABBI ini hanya berdetik apabila DIA menggerakkannya...
perasaan yang berbaur atau kata mudahnya perasaan bolak balik sering menganggu apabila nilai ketetapan iman itu mula dicalari...






kadang-kadang secebis gambar boleh memahami sedalam2 perasaan... subhanAllah!!

huruf pertama nama anda



this is taken from my friend entry tetuan syed azmi...


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah

mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap
hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi
suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya
sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana m
ereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Kera
s kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



p/s: thanks for reading... " YoU aRe WhaT yOu ReaD "
renung2kan & selamat beramal!!