Thursday, March 1, 2012

EngaGemEnT iN IsLaM



Takrifan dan Konsep pertunangan
Pertunangan adalah bermaksud seorang lelaki meminta perempuan tertentu untuk menikah dengannya. 

“Sesungguhnya di antara keberkatan seorang wanita ialah kemudahan dalam meminangnya” – {Hadis Riwayat Ahmad, dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih alJami’/2231}

Hukum peminangan adalah harus 
Syarat wanita yang hendak dipinang hendaklah; 
(i) bukan isteri orang, 
(ii) bukan tunangan orang. 
(ii) bukan mahram sendiri, 
(iv) tidak dalam idah, 

Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan.Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja. 

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” – (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil). 

Pertunangan ialah proses saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses itu masih dalam keadaan kedua-duanya belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Masih ada batas yang perlu dijaga. 

Adab pergaulan dengan tunang; 
1. Ditemani oleh mahram (bagi pasangan wanita) dalam setiap pertemuan dan perbincangan. 
2. Seelok-eloknya pertemuan diadakan di rumah pasangan wanita (ketika ada mahram dan ahli keluarga lain di rumah). 
3. Tidak duduk berdua-duaan. 
4. Dalam keadaan menutup aurat. 

Tempoh Pertunangan. 
Islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan , bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak dapat diduga. 

Para ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertunangan, cuma kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh pertunangan. 

Majlis pertunangan akan menentukan segalanya, bila dan berapa, suka ada sesetengan negeri yang tidak meletakkan harga tinggi, sebaliknya perbincangan antara dua pihak. 

pesan saya pada yang bakal bertunang, rancanglah dengan teliti... sebaik2nya ikut la apa yg dh ditetapkan oleh agama... buat yg sudah pun bergelar tunangan orang jagalah maruah diri dan akhlak... banyakkan bersabar yer sbb orang lama slalu ckp, org bertunang nie darahnye manis.... byk je dugaan yg dtg...



Nukilan: http://mohdfazli.wordpress.com/2011/11/02/pertunangan/

No comments:

Post a Comment