DeaR... MisS TeDdY

Monday, January 17, 2011

Kenapa Derhaka pada Ibumu?

...kasihnya IBU bawa ke SYURGA...

wahai insan bergelar anak mari kita renungkan bersama:


Aku senang melihat Bonda didepan mataku
Aku gembira duduk disampingnya tanpa berkata apapun
Berada dekatnya, sudah cukup rahmat Allah melimpah

Namun, dari kejauhan aku melihat
Seorang anak, dengan lantang meninggikan suara dihadapan ibunya

Aku tidak betah
Ingin sahaja aku memberikan buah pukul kepada anak tersebut
Namun, Islam tidak ajar cara begitu
Aku orang Islam, tidak boleh ikut nafsu semata

Aku melangkah ke arah ibu tua itu
Dia merintih, menangis diperlakukan sedemikian

kenapa Wahai Ibu Tua?
Anak aku tidak terima aku yang miskin hina
Sebab itu dia menghalau aku jauh dari hidupnya

Allahuakbar.

Wahai anak yang sudah besar panjang
Syaitan apakah yang merasuk fikiranmu
Sehinggakan ibu yang banyak berjasa itu
Kau tendang jauh dari hidupmu

Apa jiwamu sudah besar berdepan dengan api neraka?

Kenapa pada ibumu kau lemparkan derhaka
Apa kau sudah lupa segala makan minum mu
Siapa yang bersusah payah memikirkan dan menyediakan
Kau sudah lupa siapa?

Kau sudah lupa pada ayat ini
Ayat cinta dari Allah
Pada ayat 17 surah al-Ahqaf

Aku sayang pada ibumu yang tua itu
Dia insan mulia lagi berbudi
Dan aku sangat kasihan padamu
Apakah hari esok kau masih menyedari kesilapanmu

Kenapa kau derhakai ibu tua itu
Apakah kerana engkau malu punya ibu seperti itu
Tua, miskin dan tidak setaraf denganmu.
Haha. Kau lupa, kau lagi hina

Aku menangis. Menangis kerana manusia seperti kau
Yang sanggup memperlakukan ibumu seperti itu

kunci syurga bagimu, Allah sudah berikannya kepada ibumu
Engkau sudah buang ibumu
Maka dapatkah lagi engkau untuk memasuki syurga
Itu, pada ibumu yang kau katakan hina
Ada kunci di sana

Kenapa derhakai Ibu??

Kembalilah kepadanya
Kucup kedua belah kakinya
Sebelum kau terlambat melakukannya
Wahai anak dirasuk syaitan

Kenapa diderhakai Ibu
Sedangkan kau punya jiwa yang kecil!


quoted from : http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1086-kenapa-derhakai-ibumu.html

No comments:

Post a Comment